Kura-kura dengan Monyet


Pada zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura suka bercucuk tanam sedang kawannya pula asyik merayau dari pokok ke pokok kerana mencari makanan.

Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura masak dan berusahalah kura-kura untuk memetiknya tetapi gagal.

Lalu ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, kesukaan sangatlah monyet mendapat makanan kegemarannya sehingga tidak menghiraukan kura-kura yang asyik menungggu di bawah pokok bersama kulit-kulit pisang yang dibuang oleh monyet.

Hilang sabar menyebabkan kura-kura menanam-menanam duri-duri di bawah pokok pisang untuk mengajar kawannya yang mementingkan diri itu.

Sebaik melompat turun dengan kekenyangan, kaki monyet tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia. Dihempaskan kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit.

Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet pun memikul kura-kura ke tepi sungai lalu dicampakkan kura-kura ke dalam air.

Hatinya begitu puas melihat badan kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kura-kura timbul semula di hadapannya lalu mengucapkan terima kasih kerana dihantar ke tempat kegemarannya, iaitu air.

0 Response to "Kura-kura dengan Monyet"

Post a Comment