Kisah Puteri Zara

Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 1 )
Zara berdiri tegak di hadapan cermin yang setingginya. Tersenyum sendirian memandang dirinya. Cantiknya! Hidungnya kembang kuncup. Tidak perlu menunggu kata-kata pujian daripada orang lain , dia memang sedia maklum dengan kejelitaan yang dimilikinya. Selayaknya dia bergelar puteri.
Ya. Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, Zara adalah puteri. Puteri Zara. Bukan kerabat diraja tetapi anak diraja. Diulangi, anak raja.

Berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia segera turun ke bawah. Oh, tidak, jangan salah sangka. Dia tidak menuruni tangga, sebaliknya menaiki lif.
Dari kamarnya ada lif yang membawanya terus ke tingkat bawah. Sebaik sahaja lif terbuka, permaidani warna merah terhampar indah, sedia dipijak oleh kakinya yang tersarung kasut kaca yang bersinar-sinar setinggi dua setengah inci.

Zara melangkah keluar dari lif dengan yakin. Badannya tegak mendada. Dagunya diangkat tinggi. Senyumnya terkawal rapi.Ada banyak mata yang sedang memerhati.

Jadi dia perlu mengawal langkahnya. Biar setiap langkahnya mempersonakan, persis model.Biar semua mata kagum, terbeliak memandang puteri raja itu. Puteri Zara yang elegan bergaya.
Oh, Zara memang suka keadaan begini. Menjadi perhatian setiap orang. Dikagumi setiap mata yang memandang.

“Alamak!” Zara terdorong ke hadapan beberapa langkah. Mujur tidak tersembam.
“Hah!” Semua yang ada terperanjat. Ish macam mana pula dia tiba-tiba terpijak kainnya sendiri. Hmm… mungkin dia perlu memakai kasut yang lebih tinggi tumitnya.
“Puteri tak apa-apa? “

Zara dengan pantas kembali membetulkan postur badan, ke posisi asal, berdiri tegak. Cuba mengawal rasa gugup dan malu.

“Saya okey.”
Dagu kembali ditegakkan, senyuman kembali diukir lau dia meneruskan langkah. Perlahan tetapi penuh bergaya. Dalam hati, berbakul doanya, cepatlah samapai ke limousine yang gah menunggunya.
Kakinya terasa menggigil. Maklumlah dia tidak biasa bertumit tinggi.

Ternyata Tuhamn memakbulkan doanya. Kurang tiga minit dan empat saat, Zara tiba di muka pintu. Dia segera menaiki limousine yang sudah menanti di situ.

Destinastinya, tentu sahaja Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3. Itulah kali pertama dia kan membuat penampilan sulung di sekolah itu sebagai puteri raja.

Selama ini,Zara hanya pelajar biasa. Tiada siapa yang ambil tahu kehadirannya.


Cerita Terkait Lainnya ....

Pinocchio

Sang Pahlawan Kecil

Semut dan Merpati

Abu dan 100 ekor ayam

Rusa yang Bongkak

Kisah Pandai Besi dan Anjingnya

Cerita Pemburu dan Penebang Kayu

Bola Kristal

Burung Gagak dan Sebuah Kendi

Katak dan Lipan

Raja Harimau Dan Tikus

Kisah Kerbau dan Kambing

Anjing dan Bayangannya

Musang Yang Bodoh Sombong

Kisah Kancil dan Kura-kura

0 Response to "Kisah Puteri Zara"

Post a Comment