Kawan Yang Tidak Jujur

Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Kawan Yang Tidak Jujur)

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu.

Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe.

Joe berjalan kea rah singa. “Hai, encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang.

Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.


Cerita Terkait Lainnya ....

Pinocchio


Sang Pahlawan Kecil


Semut dan Merpati


Abu dan 100 ekor ayam


Rusa yang Bongkak


Kisah Pandai Besi dan Anjingnya


Cerita Pemburu dan Penebang Kayu


Bola Kristal


Burung Gagak dan Sebuah Kendi


Katak dan Lipan


Raja Harimau Dan Tikus


Kisah Kerbau dan Kambing


Anjing dan Bayangannya


Musang Yang Bodoh Sombong


Kisah Kancil dan Kura-kura

0 Response to "Kawan Yang Tidak Jujur"

Post a Comment