Pada suatu hari, sedang Raja Harimau berehat kerana kekenyangan, tiba2 seekor tikus berjalan melintas di hadapan Sang Raja.
Harimau dengan marah terus menangkap tikus tersebut. Tikus pun merayu pada Sang Raja minta di lepas kan. Berkata lah si Raja, "Kenapa beta perlu melepas kamu sedangkan engkau telah melintas di hadapan beta dengan berani" . Sang Tikus pun meminta ampun dan berkata,
"Sekiranya Tuanku melepaskan patik, patik berjanji akan menolong tuanku jika tuanku berada di dalam kesusahan." Bila saja Raja Harimau mendengar kata-kata Sang Tikus. Harimau pun ketawa berdekah-dekah. Lalu berkata,
" Kamu ini sungguh lucu, bagaimana kamu yang begini kecil mampu menolong beta yang begini besar." Walaubagaimana pun Raja Harimau bersetuju melepaskan Sang Tikus. Selang beberapa hari, Raja Harimau berjalan-jalan di kawasan jajahan nya. Tiba-tiba,
Raja Harimau telah terpijak perangkap jala. Perangkap itu telah memerangkap Raja Harimau. Sang Raja telah meronta-ronta sekuat hati namun tidak berjaya melepaskan diri. Raja Harimau pun menjerit sekuat hati meminta tolong. Sang Tikus kebetulan lalu di kawasan tersebut pun mendengar suara Raja Harimau meminta tolong.
Sang tikus pun terus menggigit jala tersebut sehingga putus. Maka Raja Harimau pun berjaya melepaskan diri. Mulai hari itu, Raja Harimau tidak bongkak lagi. Malah Sang Tikus telah menjadi kawan karib nya.
0 Response to "Kisah Teladan Haiwan Raja Harimau Dan Tikus"
Post a Comment